
Filem kontroversi Noah , yang dijadualkan segera tayang di Mesir dalam beberapa minggu hadapan telah memicu kemarahan dalam kalangan ulama Muslim Mesir, yang menuntut larangan a kerana menggambarkan sosok Nabi Nuh As.
Menggambarkan nabi dengan sengaja dalam seni adalah dosa , dan bukan seni , dan berbahaya bagi cerita seorang Nabi , ” ujar Sheikh Abdel Hameed Sameh , anggota dari ulama Salafi , seperti dikutip oleh Youm7 pada Rabu, 5 Mac.
” Menggambarkan sosok Nabi akan membuka pintu untuk meragukan perilaku Nabi … Pelakon watak nabi tidak dapat meniru perilaku secara tepat , sopan santun dan penampilan para Nabi , ” tambah Abdel Hameed .
Filem dengan kos $ 125 juta, Noah , fillem yang menggambarkan bagaimana Nabi Nuh yang berjuang dari bencana banjir dan mengambil langkah-langkah untuk mencuba melindungi keluarganya dari banjir yang datang ,seperti diungkap analisis filem IMDb .
Diarahkan oleh Darren Aronofsky , filem Hollywood tersebut dijadualkan akan dikeluarkan pada akhir bulan Mac .
Filem ini telah menarik banyak kritikan untuk menggambarkan Nabi Nuh As dan juga tidak mematuhi jalan kisah sebenar daripada kitab suci Al Quran, Taurat mahupun Injil.
Banyak protes dari beberapa organisasi keagamaan , mengatakan bahwa skrip telah menyimpang dari kisah aslinya.
Ulama Mesir telah mendesak pemerintahnya untuk tidak mengizinkan tayangan filem yang menghina nabi di pawagam-pawagam Mesir .
” Mesir memiliki tempat khusus di dunia Islam dan filem ini sangat merosakkan umat Islam dan bahaya, dan sangat tidak layak dihadirkan di negeri ini , ” ujar Abdel Hameed , anggota ulama Salafi , katanya.
Ulama Salafi lain telah menyerukan untuk ” menghancurkan ” setiap pawagam yang menampilkan filem tersebut. . (OI.net/KH)
No comments:
Post a Comment