Terdapat pelbagai jenis pen yang digunakan oleh penulis khat antaranya ialah :
Pena Besi
(saiz mata pen sudah ditetapkan beberapa saiz biasanya 3 atau 5, sesuai untuk penulisan kecil)
Jenama yang terkenal : Osmiroid, Platignum, Manuscript
* Pen ini dah dikira klasik sebab sekarang ni susah sangat nak jumpa kat kedai, Kalau nak cari pun cba cari di kedai alatulis atau kedai buku yang lama, bukan kedai baru. Harga ikut jenama paling murah RM 19.90- 79.90

Pena Buluh
(saiz mata pen diraut sendiri, memerlukan mencelup dakwat dengan kerap)
Jenama : Buluh (hehe)...boleh juga gunakan berus lukis cina, buang bulu berus dan raut sendiri pen ikut saiz yang kita suka..
Jenama : Buluh (hehe)...boleh juga gunakan berus lukis cina, buang bulu berus dan raut sendiri pen ikut saiz yang kita suka..
Pena Marker
(mata pen sudah ditentukan, kurang halus dan dakwat sudah sedia ada)
Jenama : Artline (yang nombor dia 90 tau) RM3.oo sebatang, Faster (90
jugak) RM 2.00 sebatang, Zig (ada 3 saiz 1.0, 2.0, 3.0) RM 4.90 sebatang
Pena Resam
(sangat halus hasilnya, perlu mencelup dakwat dengan kerap)
Jenama : Resam (boleh cari kat tepi-tepi hutan). yang kecik2 kat pokok sawit ada..tapi nak cari yang besar agak susah..ada risiko jumpa binatang liar heheh last time saya cari jumpa ular tedung selar tengah lepak2..

Sebenarnya rahsia yang ada pada qalam atau pena khat ini telah berjaya dibongkar oleh para penulis khat berdasarkan tunjuk ajar guru dan pengalaman sendiri.
Cara memegang pena amat mempengaruhi bentuk tulisan. Pastikan tangan kita selesa semasa memegangnya dengan jarak 1 inci hingga 1 inci setengah dari mata pena.
Banyakkan latihan, latihan dan latihan untuk membiasakan tangan dengan pena.
Dan banyak lagi peralatan yang boleh digunakan untuk menulis khat.
Dakwat juga memainkan peranan untuk menghasilkan tulisan yang halus.
Kepada anda semua, selamat mencuba!
* Gambar ini dari Utusan Malaysia
Ini pisau dan maqta'
(alas pemotong) dari Turki
Ini pena buluh Turki
Ini pena kayu
Ini pena besi jenama Lamy
Ini pula ialah kaedah memotong mata pena mengikut jenis khat

No comments:
Post a Comment